Kursus Membuat Resume Dan Mock Interview
8 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2018, telah diadakan kursus membuat resume dan juga ‘mock interview’ untuk pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Taping. Kursus ini telah diadakan di makmal komputer kolej tersebut. Seramai 27 orang pelajar telah menyertai kursus ini yang bertujuan untuk memberi penddedahan kepada mereka cara-cara untuk membuat resume jenis info-grafik. Selain membuat resume, diadakan juga satu sesi ‘mock interview’ untuk memberi pendedahan bagaimana menghadapi situasi sebenar sesi temuduga. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi gambaran sebenar dan juga tips berguna untuk menghadiri sesi temuduga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: